Menurut Daily Mail UK yang memetik dari portal berita iFeng, difahamkan kejadian itu berlaku di kompleks Dataran Ji Jia South China Sea, Foshan, China kira-kira pukul 4 petang.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, kanak-kanak malang itu yang ditemani oleh neneknya dilihat memasuki pusat beli-belah tersebut.
Dia yang berada sedikit terkebelakang daripada neneknya itu dilihat mengapaikan tangannya ke udara sebelum pintu kaca terbabit terjatuh secara tiba-tiba lalu menghempap dirinya.
Si nenek dilihat cuba untuk menahan pintu kaca itu dari menghempap cucunya namun tidak berjaya apabila dirinya turut terhumban ke lantai.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak berkenaan bernasib baik kerana tidak maut dalam kejadian tersebut dan segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Kanak-kanak terbabit mengalami keretakan pada tulang tengkorak namun keadaannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, wakil pusat beli-belah itu memberitahu bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.
Sumber: zaudinsaad
0 Response to "Tragis !! Beginilah Video Detik-Detik Cemas Seorang anak Usia 3 Tahun Tertimpa Pintu Kaca …"
Post a Comment